My Love Story

Thursday, November 16, 2017

Lupakan dan Lepaskan

Mata terpana diluar sana

Ku lihat hujan turun membasahi bumi


Jendela dihiasi titisan-titisan hujan


Suasana yang mendinginkan tapi cukup menyamankan 


Aroma kopi berlegar-legar disetiap pelusuk udara


Dihirup dengan penuh kenikmatan


Fikiran melayang dibawa melangkau ke masa lalu 


Ahhh, kenapa kau mengheret ku pada kenangan itu? 


Padahal banyak kenangan lain tersimpan di peti ini


Ku cari-cari tiada kenangan lain yang menerpa


Kenangan itu juga datang mengejar mindaku


Pantas bagai halilintar


Bagaikan diseru, datang untuk bertemu 


Apa niat mu? Cukuplah. kau cerita lama yang telah ku semadikan


Cerita yang takkan aku cuba untuk mimpikan


Telah ku simpan kau rapat-rapat di dalam peti


Supaya kau takkan menghampiri 


Tapi aku tahu, kau akan datang juga 


Bukan untuk apa-apa


Tapi untuk mengingatkan ku 


Kita pernah rapat sejengkal


Sebelum kita sejauh ini


Tapi itu cerita dulu


Cerita dulu sudah habis


Cerita baru nak tempis


Harap kau mengerti 


Benda yang baru, perlu ku lalui


Pergilah 


Bebaslah 


Terbang lagi tinggi 


Aku dah lupakan dan aku dah lepaskan




**ikhlaskan, pelan-pelan kita akan saling melupakan 

Jawapan

Ku tanya mengapa begini?

Ku tanya kenapa begitu?

Tapi tiada jawapan menyusul tiba 

Dilorong-lorong sepi

Hanya Bungkam, Gelap dan Kaku

Bumi masih berjalan pada paksinya

Masa masih berjalan meniti detik-detiknya

Siang Malam masih bertukar mengikut waktunya

Cuma jawapan itu juga tak muncul tiba

Sejauh mana lagi kau menghilang

Penat ku hitung, Penat ku bilang

Tapi sediakah aku menerimanya?

Kuatkah aku mendengarnya?

Sudahlah, mungkin perjalananmu masih jauh

Ku doa segeralah kesini

Agar dapat ku teruskan hidup ini tanpa caci maki

Daripada hati dan mulut manusia yang sudah mati


**mungkin diam itu jawapan yang paling baik, untuk kita sentiasa berfikir dengan baik

Cukup

Terkadang cukup dengan senyumanmu

Aku bisa merasa bahagia

Terkadang cukup dengan suaramu

Aku bisa merasa tenang

Terkadang cukup dengan matamu

Aku bisa melihat semua dengan jelas

Terkadang cukup dengan tanganmu

Aku bisa bangkit ketika jatuh

Terkadang cukup dengan bayangmu

Untuk aku merasa kamu tetap ada disitu menemaniku


Aku cukup dengan adanya kamu 


**cukup jika kau sedari bahawa rasa cukup itu takkan pernah habis 

Wednesday, November 15, 2017

Susah

Sangat susah

Orang susah betul nak faham

Tak faham kenapa

Mungkin aku perlu biarkan saja mereka begitu

Dengan ketidakfahaman yang tiada penghujung 

Mengapa berhempas pulas

Meleraikan benda yang diri sendiri tiada pengetahuannya

Padahal kau tahu

Orang takkan pernah mengerti walaupun 

Sehingga rambut hitam bertukar putih


"susah senang kita biar kita je tau, orang lain tak perlu tau, jalan hidup kita beza-beza"

Tuesday, November 14, 2017

Mewah

Kenapa perlu bermewah-mewah di dunia yang sementara ini,

Sedangkan mewah di-Sana lagi kekal dan abadi


Mana satu "mewah" yang kita ingini?


Disini atau di singgahsana nanti.



"untuk bahagia tak harus mewah"